Lawatan Ke Kg. Chubadak Tambahan

Activiti | Activities No Comments »

Sempena Aidiladha dan musim persekolahan yang bakal tiba, Puan Zuraida bersama rombongan beliau telah menyantuni peneroka bandar di Kg Chubadak Tambahan yang terletak di kawasan Sentul dalam Parlimen Batu.

dsci0815.JPGLawatan beliau turut disertai oleh Ketua Penerangan keADILan yang juga Ketua KeADILan Bahagian Batu, Sdr Tian Chua. Program pada petang Jumaat 21 Disember yang lalu itu bertujuan memberikan sokongan moral kepada peneroka bandar di kawasan terbabit yang telah dizalimi oleh pihak pemaju dan juga kerajaan.

dsci0823.JPGDalam majlis itu Puan Zuraida telah memberikan sedikit penerangan tentang bantuan dan sokongan yang disediakan oleh pihak Wanita KeADILan dengan kerjasama NGO yang prihatin. Seekor lembu juga telah dikorbankan khas untuk agihan daging untuk penduduk kampung tersebut. Dalam majlis yang sama juga serahan daging qurban dan bantuan alat tulis buat pelajar-pelajar sekolah.

Lawatan rombongan Puan Zuraida dan Tian Chua sangat memberi kesan yang mendalam dan menaikkan semangat penduduk di kampung ini dalam meneruskan perjuangan mereka menentang kezaliman dan menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia.dsci0840.JPGPada hari yang sama juga rombongan tersebut meneruskan misi mereka dan menyampaikan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang kurang bernasib baik di kampung bersebelahan.

Activiti | Activities No Comments »

Sabtu, 22 Disember: Ketua Wanita keADILan, Puan Hjh Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan kerja ke Negeri Kedah dalam usaha beliau memperkasakan sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan ke seluruh Negara bagi membantu bakal-bakal calon Wanita untuk menghadapi pilihanraya telah berkampung selama tiga hari di negeri jelapang padi tersebut.

Program beliau bermula seawal petang Sabtu, 22 Disember dengan menghadiri Majlis Jamuan Perpaduan di Parlimen Bayan Baru yang turut di hadiri Ketua Umum keADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan AJK KeADILan Pulau Pinang. Pada sebelah malam pula Puan Zuraida telah berceramah di Sungai Nibong yang berkisar sekitar Manifesto Wanita KeADILan.

dsci0942.JPGKeesokan harinya dengan bantuan Pasukan Gerak Gempur yang dibentuk khas telah turun bersama-sama dengan jentera Parlimen Kuala Kedah menjalankan kaji selidik menggunakan BKS di DM Taman Sri Ampang dan Taman Seri Putera.Program turun padang tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Kuala Kedah, Dr Azman yang diiringi oleh Puan Salma Ismail, Ketua Wanita KeADILan Kedah.dsci0910.JPG

Seterusnya Puan Zuraida turut menyampaikan sedikit ucapan ringkas di majlis yang meraikan kemasukan lebih dua ribu masyarakat India menyertai keADILan Dun Lunas di Parlimen Padang Serai. Majlis tersebut disertai hampir tujuh ribu masyarakat India yang datang dari hanya dua buah taman perumahan berhampiran..Turut meraikan majlis tersebut ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim , dan Dr Xavier Jeyakumar serta pimpinan KeADILan Negeri Kedah.

Lawatan tersebut diteruskan dengan Ceramah bersama rakyat di Surau Taman Permai, Kuala Ketil.Surau tersebut ternyata tidak dapat menampung kehadiran ribuan rakyat pelbagai kaum yang datang untuk mendengar ucapan dari pimpinan KeADILan.dsci0911.JPG

Lawatan beliau diakhiri dengan menyampaikan sebuah lagi ceramah di Dewan T.S.S.K Pekan Lama yang sekali lagi menyaksikan kebanjiran masyarakat berbilang bangsa sekitar 2000 orang.

Sekitar Aktiviti Gerak Kerja Wanita di Gelang Patah 2

Activiti | Activities No Comments »

dsci0620.JPGdsci0659.JPGhotel-kelana-jb.jpg

Sekitar Aktiviti Gerak Kerja Wanita di Gelang Patah

Activiti | Activities No Comments »

dsci0621.JPGgp2.jpgdsci0612.JPG

 

 

Wanita Gempur Gelang Patah

Activiti | Activities No Comments »

Parlimen Gelang Patah di Negeri Johor telah menerima gegaran dan gelombang baru yang menjanjikan perubahan dalam arus politik di Negeri Johor. Selama 3 hari 2 malam Wanita keADILan Pusat dengan bantuan jentera AMK Selangor khususnya dari Parlimen Ampang telah menggempur kawasan Parlimen tersebut dengan program-program khas untuk mendalami masalah dan memenangi hati pengundi di situ.

Program bermula seawal pagi 15 Disember.Kaunter semakan daftar pemilih dan aduan telah dibuka di Pekan Gelang Patah dan edaran risalah dilakukan di kawasan Pasar Awam Gelang Patah. Menjelang tengahari hingga ke petang lawatan rumah ke rumah dilakukan di sekitar Taman Nusa Perintis 2 dengan menggunakan BKS. Waktu malam dipenuhi dengan program edaran risalah dan bertemu pengundi di sekitar Taman Universiti dan Taman Ungku Tun Aminah. Kawasan tersebut yang majoritinya dihuni pengundi berketurunan Tiong Hwa memberikan signal yang sangat jelas bahawa sokongan mereka kini padu untuk menjulang panji-panji keADILan. Kebanyakan pengundi yang dijumpai memberi jaminan secara berani bahawa mereka sudah sepakat untuk memenangkan calon dari KeADILan kerana sudah terbukti kegagalan wakil rakyat dari Barisan Nasional mengurus ekonomi dan perpaduan negara dengan amanah dan bijaksana.

Pada 16 Disember, kawasan Pasar Tani di Skudai menjadi tumpuan gerak kerja pasukan Wanita. Kaunter semakan daftar pemilih dan aduan dibuka seawal 8 pagi dan mendapat sambutan dari penduduk setempat. Walaupun diganggu dengan intimidasi dari pihak UMNO namun pasukan ini tetap gigih dalam usaha mereka menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat.

Program tersebut diakhiri dengan Sesi Penerangan Khas di Hotel Kelana yang disampaikan oleh Puan Zuraida dan Dr Zaleha Mustaffa yang juga bakal calon di Parlimen Gelang Patah.

hotel-kelana-jb.jpg

Secara keseluruhannya respon yang diterima dari pengundi dan penduduk sekitar sangat baik dan memberangsangkan. Sesi sebegini sepatutnya menjadi contoh dan ikutan untuk dijalankan terutamanya oleh bakal-bakal calon wanita di kawasan masing-masing.

Ketua Wanita di Ijok

Activiti | Activities No Comments »

ijok2.jpgPada 10 Disember yang lepas, rombongan EXCO Wanita Pusat yang diketuai oleh Puan Zuraida telah turun ke Pekan Ijok dalam Parlimen Kuala Selangor. Lawatan yang serupa telah pun beberapa kali dilakukan selepas Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang lalu. Kehadiran beliau kali ini adalah untuk memberikan semangat dan sokongan kepada KeADILan Dun Ijok sebagai bekalan menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 12 nanti.

Dalam kunjungan kali ini Puan Zuraida telah dijemput untuk memberi ceramah kepada pengundi dan jentera PRU-12 di Kg Simpang Ijok. Kira-kira 100 petugas dan aktivis dari PAS dan KeADILAn telah hadir walaupun hujan lebat turun berterusan sejak pagi.Turut mengiringi beliau ialah Ketua Wanita KeADILan Selangor Puan Haniza Talha, EXCO Wanita Pusat Puan Salmah Ismail.

Antara tokoh yang hadir dalam program tersebut ialah bekas calon DUN Ijok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali dan juga YB Ng Swee Lim ,ADUN Sekinchan.

Selamat Datang Datuk Ariah

Activiti | Activities No Comments »

Wanita KeADILAn mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Ariah Tengku Ahmad yang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat di Sabah baru-baru ini.

Tindakan berani beliau dilihat tepat pada waktunya dan pengalaman beliau sebagai tokoh politik wanita di Sabah diharap dapat mengukuhkan dan memberi nilai tambah kepada KeADILan Sabah khususnya kepada sayap wanita negeri.

Beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri Wanita yang pertama di Sabah dan dikenali sebagai tokoh yang berjiwa rakyat serta mempunyai pengaruh yang cukup luas dalam politik Sabah.

Wanita KeADILan sekali lagi mengalu-alukan kehadiran Datuk Ariah dan berharap agar penyertaan beliau membuka mata dan menggamit lebih ramai wanita Sabah khususnya untuk menyertai perjuangan menegakkan keadilan.

Sabah Sedia Berubah

Activiti | Activities No Comments »

Ribuan rakyat Kota Belud sedia berubahKetua Wanita KeADILan, Puan Zuraida Kamaruddin sangat yakin bahawa angin perubahan sedang bertiup kencang di Sabah. Ini menurut beliau sangat nyata sedang berlaku setelah beliau merasakan sambutan dan komitmen yang luar biasa diberikan oleh penduduk Sabah sepanjang dua hari melakukan lawatan kerja di negeri tersebut.

Sambutan hangat mula terasa sebermulanya ceramah umum beliau bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kota Belud kira-kira jam 3 petang.Dewan Chung Hwa Kota Belud dibanjiri ribuan rakyat yang dahagakan maklumat terkini dan hadir untuk meraikan pimpinan tertinggi parti yang hadir dari jauh untuk bersama-sama mereka.

Pada malam yang sama juga sebuah lagi ceramah umum dijalankan di Soked Villa yang turut mendapat sambutan hangat penduduk setempat.

Hari kedua lawatan beliau ke Sabah di penuhi dengan jadual yang cukup padat. Bermula dengan ceramah di Ranau, Puan Zuraida dan rombongannya meneruskan lawatan ke Kinarut di Bahagian Papar dan kemudiannya berceramah di sana.

Lawatan Kerja tersebut di akhiri dengan mesyuarat bersama Wanita Keadilan Negeri Sabah sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Turut mengiringi beliau ialah Puan Ann selaku Naib Ketua Wanita Pusat dan Puan Norhayati selaku Bendahari Wanita Pusat.

周美芬提升女性地位欠诚意

Kenyataan Media | Media Statement No Comments »

人民公正党文告
2007年7月18日

周美芬提升女性地位欠诚意

(吉隆坡18日讯)人民公正党妇女组中委颜贝倪针对雪州妇女组主席

拿汀巴杜卡周美芬日前指责反对党把女权课题作为捞取政治治本工具一词,反驳周美芬的指责是毫无根据。

她今天在文告中指出,人民公正党是首个推选女性为党主席的政党。自成立以来,已有4位女性,即沙巴、砂劳越、马六甲及柔佛被委任为州联委会主席。

“刚过的党选中,也有8位女性被选为中委,此数目肯定超过国阵各党,尤其是马华本身。党也从2003年开始贯彻及推行三十巴仙女性参与党各阶层领导之政策,并获得党员支持。”

她强调,以上种种例子显示,周美芬指出公正党不尊重女性之言论是毫无根据的。

至于安华成为党领袖一事,她表示,是经过党代表及党员们在党大会上讨论通过;旺阿兹莎同是该党主席,并非周美芬所指的“先生欺负太太”。颜贝倪呼吁周美芬勿把课题”简单化”,误导民众。

她说,身为妇女、家庭与社会发展部政务次长拿汀巴杜卡周美芬口口声声说要提升女性问题,但在”月漏”事件上,并无挺身而出做出任何具体行动,反需民间组织及反对党施压后,莎礼扎才要求出言不逊的国会议员道歉。

“此举显示周美芬在维护女权的课题上,有欠诚意。”(完)

人民公正党中央宣传局

(任何疑问,请联络媒体协调主任林秀凌012-6693453或妇女组宣传主任黄洁冰012-2053277

Wanita KeADILan Mula Operasi Pusat Khidmat Masyarakat

Berita | News 4 Comments »

Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengumumkan operasi Pejabat Khidmat Masyarakat Wanita Parti Keadilan Rakyat di Tingkat 3, 110-3, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur.

“Pimpinan Wanita KeADILan sendiri akan berjumpa dengan mereka yang memerlukan pertolongan agar lebih mendekati masyarakat dan memahami masalah sebenar,” kata Hasnah Hashim, Setiausaha Wanita KeADILan dalam kenyataan media beliau hari ini.

Menurut Hasnah, tujuan pejabat ini dibuka adalah untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada orang awam khususnya mereka yang berdepan dengan isu keganasan rumah tangga, gangguan seksual, jenayah dan lain-lain.

Read More »